Toyota Prius turun harga

Kereta hibrid Toyota Prius Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

 

Toyota Malaysia telah mengumumkan penurunan harga jualan Toyota Prius Hibrid seiring dengan pembentangan Bajet 2011 . Harga Toyota pada sebelum pembentangan bajet 2011 adalah RM175,000 dan selepas pengumuman bajet dibuat harga Toyota Prius akan bermula serendah RM139,900. 

Pengecualian duti import sebanyak 100% untuk pemegang francais kereta hibrid dan 50% bagi kereta hibrid yang siap pasang(CBU )

 

 

 

Info ringkas mengenai kereta hibrid

  • Mengunakan dua sumber tenaga iaitu petrol dan elektrik
  • Ketika kelajuan rendah kuasa elektrik dijanakan oleh motor elektrik
  • Bateri sel akan dicaj semasa pedal brek di tekan
  • Ketika memerlukan kelajuan, kuasa minyak dan motor elektrik akan berfungsi
  • Semasa berhenti kuasa dijanakan sepenuhnya oleh motor elektrik
  • Pembinaan kereta hibrid memerlukan aerodinamik dan menggunakan bahan logam ringan

Proton bakal melancarkan kereta hibrid pada 2011

proton hybrid concept Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

 

Proton memperkenalkan kereta konsep Eco Mobility Advanced Solutions atau nama singkatannya EMAS di Pameran Kereta Geneva 2011. Proton telah mempamerkan tiga model konsep Proton Emas, Emas Country dan Emas3. Kereta hibrid ini dibangunkan dengan hasil kerjasama Proton, Lotus dan Italdesign Giugiaro (IDG) sebuah firma reka bentuk Itali.

proton gen2 eve hybrid concept Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

 

Pameran Kereta Geneva 2007 menyaksikan enjin kereta Proton Gen2 telah dipasang EVE hibrid menggunakan kepakaran kejuruteraan Lotus. EVE hibrid membawa maksud Efficient, Viable dan Environmental digabungkan dengan enjin Campro berkuasa 1.6 liter serta pemacuan kotak gear teknologi CVT.

Proton juga merancang memasang enjin hibrid pada model MPV Exora dan sekarang ini Proton sedang menguji Exora Hibrid di Britain. Exora Hibrid dijangkakan akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan di Putrajaya nanti.

Walaupun bajet 2011 memberi sinar kepada penurunan harga kereta hibrid, aku masih belum mampu miliki.(Source: http://akubiomed.com/2010/11/toyota-prius-turun-harga-aku-masih-tak-mampu/ Mobil Keluarga Ideal Terbaik Indonesia)